Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Semalam dan hari ini, Imani dah mula bersekolah agama.. Minggu ini hanya tahap 1 sahaja yang akan bersekolah.. Bila tanya Imani, dia kata nak pergi walaupun kakak tak ada.. Maka berusahalah dia membasuh kasut sekolah, mengemas beg pada malam Ahad hari tu.. Semangat tau nak ke sekolah.. hahaha..
Hari pertama masa pergi kemain teruja dia tapi bila amik, kemain panjang muncungnya.. Katanya ada kawan ejek-ejek dia.. Mak layankan aje dia meluahkan perasaan.. Ingatkan esoknya dia tak naklah ke sekolah..
Hari ini masa balik tengahari, kemain teruja lagi dia nak ke sekolah.. Siap tanya kenapa mak lambat.. Hahaha.. Adoilah anak.. Siapkan dia, lepas tu hantar.. Masa balik, dah tak ada muncung.. Kemain happy lagi naik kereta.. Katanya ada kawan baru yang comel.. Layan jelah.. Lega tengok dia gembira..
Teruja nak ke sekolah..